Memaparkan catatan dengan label UMB Pulau Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMB Pulau Pinang. Papar semua catatan

Rabu, 13 Oktober 2010

TANAH ORANG MELAYU DIROMPAK LAGI!!!!



Inilah kesan dari pengambilan tanah orang melayu.... Batu Maung sekarang ni telah menjadi tempat orang kaya.. Inilah yang dikatakan pemerintahan Umar Abdul Aziz ala Guan Eng..
Dimana dia pemimpin melayu Kerajaan Negeri sekarang ini.. Abul malik Kassim asyik pi mai-pi mai naik kereta mewah saja.....???? Mana pembelaan untuk orang Melayu di kawasan Batu Maung.???????

Baikkan Guan Eng???  Semua rumah yang dibina untuk orang kaya sahaja. Siapa yang beri kelulusan?? Bukan ke semuanya di bawah kerajaan negeri? Zaman BN dulu, semua untuk golongan sederhana dan rendah.Golongan kaya pun diberi juga tapi tak lah serakus  macam Guan Eng buat..

Memang benarlah kenyataan ADUN Pantai Jerejak sebelum ini tentang dasar perumahan kerajaan negeri.



Pendedahan ini baru sedikit sahaja, belum pegi jauh lagi. Jelutong, Bukit gelugor, Balik Pulau dan banyak lagi tempat yang akan menerima hasil kekuasaan dan kerakusan Guan Eng.

Apa Dah Jadi??????

Dulu kata UMNO halau Melayu.. UMNO 50 tahun jadi kerajaan, pun tak buat rakus macam ni.
Depa DAP baru 2 tahun memerintah dah 3 kampung  hilang, Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam dan Kampung Permatang Tepi Laut.

Habis semua tanah dirompak dan orang Melayu dihalau tanpa rasa simpati.....................

Ahad, 10 Oktober 2010

LAGI TENTANG DUIT RM 100 ............................


PULAU PINANG 11 Okt. - Kerajaan negeri tidak sepatutnya cuba lepas tangan dalam isu pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas dan fakir miskin dengan memberikan alasan ia sudah diasingkan untuk penerima beragama Islam.
Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman berkata, meskipun alasan tersebut boleh diterima akal, kesucian dana tersebut sudah pun tercemar kerana sumbernya datang daripada kegiatan kelab lumba kuda.
Menurutnya, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan memperbetulkan kelemahan operasi dana berkenaan, bukannya menyalahkan pihak lain menjadi dalang.
"Dari segi kesucian, tabung dana itu sudah tercemar (ada unsur perjudian).
"Kalau duit sudah masuk ke dalam akaun perbendaharaan kerajaan negeri, tidak sepatutnya kata sumber datang dari sana, dari sini (telah diasingkan).
"Justeru, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri bagi memastikan perkara sedemikian tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sini semalam.

57         2             13



Beliau mengulas tindakan kira-kira 300 orang terdiri daripada fakir miskin, warga emas dan waris yang menerima wang sumbangan kematian memulangkan semula wang ihsan RM100 secara sukarela kepada kerajaan negeri.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Surat tersebut yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.
Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.
Walaupun pernah menafikan dakwaan sedemikian sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akhirnya mengaku.
Bagaimanapun, Guan Eng menyatakan dana yang diterima dari kelab lumba kuda telah diasingkan dan disalurkan hanya kepada penerima bukan Islam. Adakah benar dana tersebut diasingkan???

OLEH ITU PADA UMAT ISLAM YANG BELUM PULANGKAN... FIKIR DAN BERTINDAK DENGAN CEPAT........  JANGAN GADAIKAN AGAMA HANYA KERANA DUIT RM 100.. YANG HARAM TETAP HARAM....